Sunday, February 14, 2010

Ziarah Mahabbah





JASA telah dimaklumkan bahawa salah seorang ahli baru JASA telah dimasukkan ke wad di Hospital Selayang kerana disyaki menghidap appendiks.Beliau adalah Zahra atau lebih kami kenali sebagai "Molukel" (sekadar gurauan sahaja.hehe). Berita ini tersebar kerana ada ahli JASA menghantar SMS kepada ahli JASA yang lain. Memandangkan hari itu adalah hari sabtu dan semua tiada di IIUM maka mainboard JASA bercadang untuk pergi melawat pada hari Isnin 8hb Februari 2010.

Seramai 10 orang iaitu Azam, Baim, Sufee, Peja, Epi, Afiq, Aiyu, Mun, Wahida dan Mai telah pergi melawat dengan menaiki dua buah kereta. Mereka bertolak dari IIUM pada pukul 5.30 petang dan sampai di hospital dalam jam 6.00 petang.

Sampai sahaja di sana, mereka disambut oleh Khadijah yang merupakan ahli JASA juga. Beliaulah menemani Zahra dari hari sabtu. Berita yang paling melucukan adalah Zahra sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah kerana doktor telah mengizinkan beliau untuk pulang. Memandangkan beliau tahu yang mainboard JASA hendak datang melawat maka dia melambatkan sedikit masa pulangnya ke IIUM. Namun, doktor tidak dapat mengesahkan penyakit Zahra kerana sakit itu bukanlah appendiks tapi penyakit lain. Namun Zahra tetap dibenarkan pulang. Kemudian mereka pun menemani Zahra untuk turun ke bawah hingga ke kereta. Ziarah untuk melawat orang sakit tidak kesampaian tapi mereka melawat orang yang telah sihat =P

~Baru sahaja sampai..Alhamdulillah~

~Senyum semua~

~Sakit-sakit pun mampu gelak lagikan Zahra =)~

~Ni gambar hiasan sahaja.Epi tak bagi pun apa-apa hadiah kat Zahra..hahaha~

~Dari kiri: Mun (berlakon sakit), sepupu Zahra (sakit kaki) dan Zahra (pelakon utama)~

Yang penting adalah semangat setiakawan yang ingin di tunjukkan. Zahra juga merupakan ahli persatuan Titian Asli dan rombongan dari Titian Asli juga turut datang menziarahi beliau. Itulah yang ingin kita lihat. Hubungan silaturrahim yang terjalin antara insan kerana ALLAH.

Pedoman kita bersama:


Di sebalik kesakitan itu ada kemanisan


~"Ukhwah Itu Indah"~








No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies