Friday, February 12, 2010

Lunch de Tour



Untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli JASA samaada yang baru atau pun yang lama, biro D & T telah mengambil inisiatif untuk lunch bersama-sama di Econ Cafe pada 2hb Februari 2010. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Kehadiran hampir mencecah 20 orang. Ada dikalangan ahli JASA yang sanggup datang dari kuliyyah enginering semata-mata untuk bertemu ahli keluarga JASA yang lain. "Ukhwah Itu Indah". Itulah tagline yang ahli JASA pegang selama ini.Selain daripada lunch bersama-sama, masing-masing turut bertanyakan tentang progress biro masing-masing untuk program yang akan datang. Adakalanya perjumpaan yang santai lebih seronok daripada berjumpa secara formal =)

Untuk kali keduanya, Mainboard JASA telah mengajak secara ad hoc semua leaders JASA iaitu exco-exco untuk lunch bersama di Econ Cafe pada 4hb Ferbuari 2010 (Khamis) juga untuk membincangkan tentang Stall Food yang akan disertai oleh JASA. Tetapi malangnya stall tersbut telah di cancel atas sebab-sebab tertentu. Amat mengecewakan kerana ahli JASA telah membuat persiapan namun itulah dugaan. Hidup memang begitu =(

Seterusnya adalah lunch di Evoke cafe pada 9hb Ferbuari 2010 (Selasa). Suasana yang begitu sibuk di Evoke cafe yang sedia ada ditambah lagi dengan kemeriahan ahli-ahli JASA seramai 20-30 orang. Abang Ali telah datang awal untuk menempah dalam 8 meja khas untuk ahli JASA sahaja. Cukup menyeronokkan kerana dapat selalu berjumpa bersama ahli keluarga JASA yang lain. Dalam masa yang masa, ahli JASA juga meraikan hari kelahiran saudari Wahida dengan menyanyikan lagu hari lahir. Di samping itu terdapat perbincangan untuk program seterusnya iaitu "Bowling Day" dan juga Educational Visit ke dua buah sekolah di Negeri Sembilan.









Destinasi seterusnya masih tidak ditetapkan lagi. Samaada HS cafe yang penuh sesak itu atau Edu cafe atau KAED cafe. Enginering dan juga IRK semestinya tidak akan dibuat kerana mereka tiada cafe. Harap maaf atas kesulitan tersebut =)

Mudah-mudahan hubungan yang erat ini mendapat keberkatan dari ALLAH. Insya ALLAH.

Renungan bersama:


Saudara SeIslam



~"Ukhwah Itu Indah"~




No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies