Monday, February 8, 2010

Induction Course JASA



Selepas melalui sesi interview dan diterima sebagai ahli baru JASA maka layaklah mereke semua untuk hadir sesi yang seterusnya iaitu Induction Course. Bak kata pepatah melayu "Tak kenal makan tak cinta". Tibalah masa ahli-ahli baru JASA untuk mengenali apakah itu JASA,apakah objektif JASA di tubuhkan, bagaimanakah keadaan keluarga JASA yang besar, siapakah mereka-mereka yang ada dalam JASA melalui sesi Induction Course ini.

Induction course diadakan pada malam Khamis bersamaan 7hb Januari 2010 di Colloseum Engineering Building. Sesi bermula dengan kedatangan para ahli baru JASA pada pukul 8.30 malam. Pada malam tersebut, seramai 15 orang lelaki dan 35 orang perempuan yang hadir. Seramai 20 orang ahli JASA hadir untuk membantu sebagai urusetia.

Kedatangan ahli-ahli baru JASA di sambut dengan riangnya oleh para urusetia dan mereka juga turut mendapat 'door gift' sebagai penghargaan kerana hadir mengikuti program JASA. Untuk kali ini 'door gift'nya adalah sebuah cawan beserta pamplet mengenai JASA secara amnya. Walaupun harganya tidaklah mahal tetapi nilai sangat berharga sebagai kenangan.


~Wajah riang dan macho komitee : Aziz,Zul, Daman, Khairil dan Iqbal~



~Sempat lagi tu berposing wawa, fiqa dan syifa. Pantang nampak camera..Yang ahli baru pun..Dah pandai dah =p~



~Saudari Melisa pun ada juga~



~Inilah "Door Gift" sebagai tanda penghargaan kepada ahli baru JASA~


Inilah barisan ahli-ahli baru JASA yang akan memeriahkan lagi JASA dan juga turut serta dalam memerah keringat dalam menyampaikan berdakwah kepada orang asli.Kegembiraan terpancar di wajah-wajah merekan kerana terlampau teruja agaknya untuk memulakan program bersama JASA =)


~Kumbang-kumbang yang bakal berada dalam JASA~



~Bunga-bunga yang bakal menyerikan lagi JASA~


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis kemudiannya ucapan dari Mr. Presiden JASA untuk tenure 2009/2010 iaitu Saudara Azamuddin. Mr. Presiden meberi penerangan serba sedikit tentang sejarah penubuhan JASA dan juga Misi, Visi, Objektif dan Matlamat JASA di tubuhkan. Ini penting agar ahli-ahli baru tahu tentang matlamat yang JASA ingin capai. Bukanlah mereka mengikuti persatuan sekadar untuk bergembira tetapi ada sesuatu yang mereka ingin ketahui dan capai kelak..


~Penerangan dari Mr. Presiden JASA~


Selepas tamat penerangan yang diberikan oleh saudara Azam maka program diteruskan dengan tayangan video yang telah dibuat oleh saudari Syifa, Nana dan Fiqah khas untuk ahli-ahli yang baru. Tayangan video tersebutlah berkenaan program-program JASA yang terdahulu dan antaranya adalah slot di U-Remaja sebanyak 3 episod untuk program "Wind of Change 4" di Pos Tohoi, Gua Musang,Kelantan yang pengarah programnya adalah saudari Aiyu =)


~Tayangan Video mengenai program-program JASA~


Program seterusnya adalah slot "Ice Breaking" dibawah kendalian "Trainer" JASA iaitu Abang Ali. untuk pengetahuan semua, abang Ali bukanlah ahli biasa JASA tetapi dia adalah seseorang yang berpengalaman dalam mengendalikan program. Oleh itu JASA melantik beliau sebagai "Trainer" JASA dalam memberi nasihat serta memberi motivasi kepada ahli-ahli JASA yang baru. Seperti biasa matlamat slot ice breaking ini adalah untuk menyebatikan ahli-ahli baru sesama mereka agar mereka mengenali satu sama lain.


~Abng Ali mengendalikan slot dengan penuh semangat dan beilau tak pernah tak semangat ~


Selepas daripada sesi "Ice Breaking" kemudiannya mereka semua dibahagikan mengikut kumpulan. Kumpulan ini adalah mengikut warna iaitu Biru, Oren, Hijau, Merah dan juga Kuning. Tetapi malangnya warna Kuning tidak diminati, oleh itu tinggallah empat kumpulan sahaja. Malam ini merupakan malam perkenalan buat ahli-ahli JASA yang baru kerana pada esok harinya barulah program yang sebenar akan berlangsung.


~Kumpulan The Red Indian~



~Kumpulan Greeny Daun Pisang~


Esok bersamaan 8hb Januari 2010 iaitu hari jumaat mereka akan bertolak ke destinasi sebenar program iaitu di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat, Selangor. Disana barulah mereka akan dilanyak oleh "Trainer" JASA dan barulah program yang sebenar akan bermula =)

Sebelum bersurai, postmortem diadakan untuk memperbaiki kelemahan program kali ini. Semoga program keesokan harinya akan bertambah baik dan kesilapan yang sama tidak akan berulang. Insya ALLAH.


~Berbincang menyelesaikan masalah yang timbul~


Renungan untuk hari ini :


Renung-renungkan dan selamat beramal



~"Ukhwah Itu Indah"~

No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies