Pada 22hb sehingga 24hb Disember 2009 iaitu dari hari selasa hingga khamis, JASA telah membuka booth untuk mempromosikan persatuan ini kepada pelajar-pelajar UIAM.
Booth ini adalah di bawah kendalian biro PR iaitu saudara Daman dibantu oleh saudari Afiqah. Booth dibuka di sebelah masjid UIAM berhadapan pintu masuk tempat solat muslimat.
Alhamdulilah ramai ahli-ahli JASA yang datang membantu bagi mempromosikan JASA kepada pelajar-pelajar UIAM yang masih tidak tahu lagi mengenai persatuan ini. Inilah antara salah satu kekuatan JASA iaitu mempunyai "VOLUNTEER" yang begitu ramai. Semangat bantu-membantu antara amalan yang amat JASA tekankan.
Antara cara-cara yang dilakukan bagi menarik minat pelajar-pelajar UIAM seperti menyebarkan hand bill, menampal poster, menayangkan gambar-gambar program menggunakan LCD projector, penerangan ringkas dan sebagainya.
Berkat usaha gigih ahli-ahli JASA seramai 116 orang telah mengisi borang untuk menyertai JASA..TETAPI!!!!JASA telah meletakkan syarat bahawa seseorang itu sah menjadi ahli JASA selepas melepasi sesi "INTERVIEW". Sesi "INTERVIEW" diadakan setiap malam sepanjang booth dibuka..
Seterusnya adalah report tentang sesi "INTERVIEW".

Renung-renungkan dan selamat beramal
No comments:
Post a Comment