Saturday, February 6, 2010

Sesi "INTERVIEW"



Sesi "interview" ini diadakan selama 3 malam berturut-turut bersempena pembukaan booth untuk menarik penyertaan ahli-ahli baru.

Ahli-ahli panel untuk sesi "interview" ini adalah dikalangan Mainboard dan juga Exco-Exco JASA.

Untuk menetapkan standard pemarkahan, kesemua ahli panel mestilah menilai ahli-ahli baru mengikut 3 aspek yang amat penting iaitu aspek KOMITMEN, PENGALAMAN dan KEPERIBADIAN DIRI.

Seramai 75 orang peserta hadir untuk sesi interview ini. Keputusan untuk penilaian adalah berdasarkan konsep "SYURA" iaitu kesepakatan antara ahli-ahli panel. Selepas selesai sesi "interview", kesemua ahli panel akan berkumpul dan membincangkan tentang keputusan yang diperolehi.







Hasil dari perbincangan daripada panel-panel hakim, keputusannya adalah seramai 50 orang diterima sebagai ahli JASA yang baru dan 25 orang tidak mendapat tempat. Walaupun tidak mendapat tempat di dalam JASA insya ALLAH mereka antara yang terbaik kerana "willing" untuk datang "interview" tersebut. Kami amat-amat menghargai mereka. Dan kepada 50 orang ahli JASA yang baru, "SELAMAT DATANG KE KELUARGA JASA"

Seterusnya kesemua ahli JASA yang baru akan hadir ke program "INDUCTION COURSE NIGHT" dan "FIRST IMPRESSION TRAINING" untuk dilatih bagi bersiap sedia memikul misi da'wah kepada Orang Asli.

Nantikan laporn program yang akan datang.

Untuk hari ini bersempena perjuangan JASA:


Amalkan agar hidup kita sentiasa bahagia



"~Ukhwah Itu Indah~"

No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies