Saturday, February 13, 2010

BBQ & Birthday Celebration



Pada tanggal 6hb Ferbuari 2010 bersamaan hari sabtu, Mainboard JASA telah mengadakan BBQ di HS Square untuk semua ahli JASA. Ianya juga diadakan adalah untuk sambutan hari lahir abang Ali dan dalam masa yang sama juga untuk ahli JASA yang lahir dalam bulan Ferbuari. Perancangan program ini adalah secara spontan dan bukanlah secara formal kerana motifnya hanyalah untuk bertemu sesama ahli keluarga JASA.

Program bermula pada pukul 8 malam dengan kehadiran ahli JASA untuk membantu membakar makanan BBQ. Masing-masing bekerjasama menyediakan makanan samada membakar dan ada juga yang menghidangkan. Antara makanan yang ada seperti sate, sosej, nasi goreng, buah-buahan, bubur durian (limited edition =p) dan kerepek.







Sebelum menjamu selera, sesi taaruf diadakan bagi mengenali ahli-ahli JASA yang hadir pada malam itu.





Sedang asyik sibuk bertaaruf tiba-tiba Mainboard JASA membuat kejutan khas untuk abang Ali dengan menyanyikan lagu hari lahir dalam masa yang sama kek turun dari langit (acah aje.hehe) kek dibawa dari belakang bangunan HS. Bukan satu kek tetapi dua kerana satu lagi kek khas untuk ahli JASA sahaja. Antara ahli JASA yang lahir pada bulan Februari adalah Wahida, Munirah, Farid, Alida, Ummi dan Kak Syida. Namun yang hadir hanyalah Munirah, Wahida, Farid dan Alida.

~Abang Ali dengan kek miliknya~


~Gelagat epi dengan abangnya =p~

~Birthday boys & girls: Mun, Wahida, Abang Ali, Farid
(Alida tiada dalam gambar)~


~Mr. Presiden menyampaikan hadiah kepada Abang Ali~


~Peja dengan Tikah pun nak bagi hadiah jugak.hehe~


Inilah gelagat ahli-ahli JASA bila bergambar. Semuanya hantu bergambar lagi-lagi yang dah berumur macam abang ali, abang peja. Confirm gambar dorang mesti ada =).

~Sarangek!!!~


~Gaya "Blurrr???"~


~Bang..Bang..Bang!!!~


~Apa tu???~


Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli JASA sebelum bermulanya program bersama orang asli. Mudah-mudahan ketika program nanti ahli JASA dapat bekerjasama seolah-olah berada dalam satu family yang besar.

~Ingat tak kena basuh pinggan? Basuh cepat abang Ali..hahaha~


Renungan kali ini:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies