Tuesday, February 9, 2010

First Impression Training @ Induction Course





Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh ahli baru JASA. Setelah berjumpa buat kali pertama pada malam khamis yang lepas kini mereka berjumpa lagi untuk meneruskan misi mereka untuk mengenali JASA dengan lebih dekat lagi. Induction Course kali ini ditukar namanya kepada "First Impression Training" iaitu first impression bagi ahli baru mengenali JASA. Seramai 48 ahli baru dan 28 ahli lama selaku komitee ikut serta dalam program ini. Turut hadir seorang Alumni JASA iaitu abang Peja untuk memberikan tunjuk ajar kepada ahli JASA yana lain.

HARI PERTAMA - Jumaat(8HB Januari 2010)


Semua peserta berkumpul di Staf Common Room, KENMS pada pukul 3.00 petang dan bas bertolak menuju ke destinasi program tepat jam 3.30 petang menaiki sebuah bas dan dua buah kereta akan menyusul kemudian kerana ada diantara ahli JASA yang mempunyai tugasan lain. Setibanya di tempat program iaitu di Nur Lembah Pangsun, semua peserta bekerjasama mengangkat barang-barang ke tempat program. Selepas itu mereka semua menunaikan solat asar berjemaah di surau. Selepas selesai solat semua peserta berkumpul mengikut warna baju tema mereka. Mereka dari kuliyyah yang berbeza namun sering berdampingan dari rakan yang sama kuliyyah. Contohnya, peserta yang baju biru ramai dari kuliyyah engineering kerana mereka memakai baju enginus.



Namun tugasan pertama mereka pasti memisahkan hubungan erat mereka. Mereka hendaklah memasang khemah mereka sendiri. Satu khemah muat untuk 4 orang dan syarat utama adalah "AHLI KHEMAH MESTILAH BUKAN DARI KULIYYAH YANG SAMA". Oleh itu mereka kenalah berpecah dan mencari kawan yang baru. Itulah yang ingin kita tekankan, dalam berpersatuan ini hendaklah kita mengenali semua sahabat-sahabat yang lain barulah senang kita bekerjasama kelak. Setelah memilih ahli khemah masing-masing maka proses pemasangan khemah pun berjalan. Macam-macam bentuk khemah yang dihasilkan namun atas bantuan dari rakan-rakan yang lain maka semua khemah berjaya didirikan dengan stabil. Selepas itu semua peserta makan malam dan menunaikan solat maghrib dan isya' secara berjemaah. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Trainer ialah peserta tidak dibenarkan menukar pakaian apatah lagi mandi termasuk juga komitee. Oleh itu kesemua peserta tidak mandi.



Slot seterusnya pada jam 9.00 malam adalah pembahagian kumpulan semula. Walaupun mereka telah dibahagikan mengikut kumpulan sebelumnya namun kini kumpulan itu dirombak semula. Ini bertujuan agar mereka mendapat kawan yang baru dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Selepas slot pembahagian kumpulan, diadakan sesi taaruf untuk semua orang dan setiap orang hendaklah mengingati semua nama peserta yang hadir. Dan kagumnya semua peserta dapat mengingati nama rakan-rakan yang lain dalam masa yang singkat. Kemudiannya Trainer telah membuat permainan Spontan untuk slot seterusnya. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama para peserta dan membuat para peserta untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Sememangnya semua peserta sangat aktif dan memberikan kerjasama yang baik. Walaupun program habis lewat tetapi semuanya nampak terhibur.



HARI KEDUA - Sabtu (9hb Januari 2010)


Pagi ini dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh saudara Epi@shahrizal. Kemudiaanya diteruskan oleh Trainer. Terlebih dahulu semua peserta diberikan "Barang Amanah" untuk dijaga sepanjang program iatu sebiji belon berisi air. Inilah simbolik amanah yang ingin ditekankan oleh Trainer agar peserta bertanggungjawab atas amanah yang mereka pikul.Slot seterusnya adalah bersama Abang Peja iaitu slot problem solving. Peserta diberikan masalah berhubung dakwah kepada orang asli dan para peserta diminta untuk melakonkan situasi tersebut. Yang menariknya lakonan mereka akan di nilai oleh para juri professional. Secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan dan juri kurang berpuas hati. Hanya satu kumpulan sahaja yang mendapat pujian dari para juri dan lain "OUT".

Tanpa disedari perang psikolgi telah dijalankan oleh Trainer bersama-sama komitee kepada para peserta. Barang amanah peserta telah di curi semasa slot dijalankan. Dengan itu Trainer mendapat point untuk menekan para peserta. Hampir keseluruhan untuk hari kedua ini abang Ali terus menerus mem'pressure' semua peserta program . Ada yang dapat bertahan dan ada yang tidak dapat bertahan. Para peserta diredakan dengan aktiviti yang dijalankan oleh saudari Munirah iaitu aktiviti berbentuk game. Namun kelegaan hanyalah sementara kerana mereka semua didenda berendam di sungai beramai-ramai. Ada yang berbahas dengan abang Ali namun terpaksa akur kerana point yang abang Ali gunakan adalah benar. Sehinggalah selepas waktu maghrib barulah semua tekanan itu dihentikan kerana ada dikalangan peserta yang terlampau tensiun dan bermuka ketat. Apa yang cuba ditekankan disini adalah walaupun keadaan terlampau tertekan tetapi kita kena berusaha untuk menanganinya. Contohnya seperti barang amanah sebiji belon. Para peserta tidak dapat menjaga belon dengan baik dalam jagaan mereka sedangkan itu adalah amanah yang jelas mereka boleh lihat. Cuba bayangkan bagaimanakah kita ingin menjaga amanah yang terpikul dibahu kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Pastinya ramai lagi yang akan cuai.





Untuk menghiburkan hati para peserta, slot seterusnya adalah slot paling disukai iaitu BBQ. Siapa yang tak suka makankan. Sebelum menikmati hidangan BBQ istimewa yang telah disiapkan oleh para komitee, saudari Aiyu telah mengendalikan slot sharing moment iaitu slot mengetahui siapakah observer dan observee bagi setiap orang. Dalam bahasa mudahya permainan "Surat Cinta". Gelak ketawa terdengar dari para peserta kerana seronok mengetahui siapakah orang yang telah meng'observe' mereka sepanjang program dan menghantar surat kepada mereka. Ada juga dikalangan peserta yang tidak tahu bagaimana prosedur untuk bermain sebagai contoh Amir Hamzah. Dia boleh tersalah tulis nama kepada observernya maka orang yang di observernya iaitu Azam langsung tidak dapat surat dari observernya.

Selepas kenyang menikmati BBQ, slot selepasnya adalah Night Walk dan semua peserta kembali tersenyum kerana tiada lagi pressure untuk mereka. Walaupun abang Ali dah cool namun ada juga peserta yang takut belonnya diambil jadi dibawanya sekali semasa "Night Walk". Bagus betul. Memang menjaga amanah dengan baik =)Night Walk hampir-hampir tidak menjadi gara-gara ada crew yang membuat penggambaran di dalam hutan di mana tempat kami nak ber' Night Walk'. Tetapi disebabkan tempat yang kami akan lalui adalah di atas bukit jadi keadaan masih lagi gelap. Di dalam hutan banyak makhluk yang hidup dan pengalaman Farisah memaut tangan "Juju" yang lain berlaku dalam sekelip mata mungkin agak mencemaskan dia namun dia sahaja yang tahu. Semuanya berlaku dengan pantas dan "mereka" jugak makhluk ALLAH. Tidak perlu takut. Setelah penat ber"Night Walk" maka semua peserta terus tidur kerana keesokan harinya akan diadakan qiamullail.





HARI KETIGA - Ahad (10hb Januari 2010)


Selepas selesai qiamullail, solat subuh dan tazkirah, tiada senaman pada pagi ini tetapi diteruskan dengan slot aktiviti lasak iaitu "Flying Fox". Aktiviti yang ditunggu-tunggu kerana para peserta dapat merehatkan diri. Tengoklah betapa seronoknya mereka menaiki "Flying Fox".




Setelah tamat aktiviti "Flying Fox", abang Ali meneruskan aktiviti dengan membuat ujian psikologi. Ini bertujuan melihat samaada ahli dalam setiap kumpulan sudah mengenali ahli kumpulan yang lain dan juga mempunyai kekuatan berkumpulan atau tidak. Hanya dua kumpulan sahaja yang menunjukkan reaksi yang positif berdasarkan graf yang ahli kumpulan telah lakarkan. Ini untuk menguji samaada mereka masih kuat berada bersama kumpulan atau tidak setelah ditekan dengan pelbagai tekanan. Akhirnya tibalah waktu majlis penutup. Alhamdullillah majlis penutup untuk program "First Impression Training" ini dihadiri oleh wakil dari S-DEV iaitu Encik Zainuddin atau lebih mesranya di panggil abang Din. Kedatangan beliau selepas beliau turut serta dalamk majlis penutup saudara rapat kami iaitu COMRADE yang juga mengadakan program berhampiran dengan tempat program kami. Selain itu turut diumumkan 3 kumpulan yang terbaik dikalangan yang terbaik. Kumpulan yang lain juga turut mendapat hadiah saguhati. Untuk peserta terbaik lelaki jatuh kepada saudara Amin Jer. Ini kerana terdapat dua orang Amin ddalam program ini. Dan peserta terbaik perempuan adalah saudari Salina.





Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program.




Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan Insya Allah ianya mampu memberi kesan yang bermanfaat kepada semua para peserta.

Renungan untuk kali ni:


Marilah berjuang kawan-kawan




~"Ukhwah Itu Indah"~

No comments:

Post a Comment

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies