Wednesday, March 24, 2010

~~~Selamat menghadapi peperiksaan semua~~~

Pejam celik pejam celik sedar-sedar kita dah pun berada di akhir sem kan kawan2..
Di kesempatan ini CREW IT ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan khususnya kepada ahli-ahli JASA dan umumnya kepada semua pelajar UIAM..
Janganlah risau sangat dengan peperiksaan yang tiba..
Kita berusaha sebelumnya dan bertawakal setelah berusaha diiringi dengan doa..
Insya ALLAH semuanya berjalan lancar..
Cuma jangan pulak takde usaha tetapi tawakalnya lebih..
Memang tak menjadilah..hehehe..

Jangan tensiun-tensiun kalau peperiksaan anda berderet-deret 2 atau 3 hari..
Manage masa betul-betul..
Confirm berjaya dengan CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG..
(Lama tak dengar slogan inikan..hehehe)
Apa-apa pun "GOOD LUCK" kawan-kawan semua..
Insya Allah selepas selesai semua peperiksaan kita balik "kampung"..
Ini bagi sesiapa yang pergi programlah..
Kita balik "kampung" JASA..
Yeaaaaaaaa!!!!..
Confirm korang suka nanti..

Akhir kata daripada kami :-


Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal (D.U.I.T)


Lama tak dengar tagline ini..

~"Ukhwah Itu Indah"~




READ MORE>>>>>>>>>>

Monday, February 22, 2010

JASA EDU VISIT 2010 to SK Putra, N9

Alhamdulillah..setelah menjalani latihan induksi dan latihan pengurusan yg mencabar, para Jasaians telah diuji oleh st program yg kembali pd nature JASA utk membangunkan kehidupan n pendidikan masyarakat asli..maka dgn tenaga 33 org manusia bertolaklah mrk2 ni ke SK Putra N9 dgn smgt berkobar2 pada jam 4 ptg, 19 feb 10. tp bak kte org, jln org2 yg melakukn kebaikan xkn selamanye lurus...jln nk g SK Putr 2 mmg berliku2 la...smpai mabuk sume2 org...st bas bau minyak cap kapak huhu...tp akhirnya smapi jugak jentera2 ni dgn selamatnya pd jam 6 ptg di SK Putra....
keadaan disana mmg sgt mengejutkan...len sgt2 dr tempat2 org asli yg b42 ni...mantop la sekolah tu..bersih, cantik dan kemas...mmg layak mendapat penghargaan sekolah terindah di antara SK2 kt N9 tuh, terasa bangga sekalian Jasaians (sbb sekolah dorg pon xseindah tu huhuh...)



datang2 je terus bemesra2 ngn adik2 kt Sk Putra, adik2 dr Sk DUA pon dh smpai...mrk2 mmg sempoi...dgn tangan terbuka dorg menerima kami ni sume, seronok betol rasanye...dh kemudiannye kami terus ke objektive utama kami, ya, mari kita jadi menyampaikn ilmu yg ade utk mereka...utk pengetahuan sume, di SK Putra buat julung2 kalinye diadakan AF, bkn akademi fantasia tp akademi facilitator...ini adalh utk mendidik para mengeluarkn bakat2 terpendam dlm dr para faci agr menjadi lbh baek dn mantop..mula2 setiap faci kne anta proposal module kpd pengetua (en. ali isa), kemudian setiap faci akn membentangkn hsl proposal dorg dgn melaksanakn modul2 yg dihantar...


bermula dgn amin (ice breaking),prbntgn amin ckup mesra kanak2 pd awal sesi prkenalan.mgkin krn sbb de y agak kurg xmatg huhu tp agk brjye mgndalikn modulnye dgn baek..bk kte org mlyu,xknl make xcinta,jdi apabila mahu diputikkn cinta diantra fasi2 dn adik2 skola tu kami mlekn dgn sesi prknln abg2 dn akak2 fasi dhulu.kmudiannye,amin mmbhagikn adik2 trsbut kpd 10 kump (5 grup laki,5 grup pmpuan),kmudian setiap kump dijge oleh seorg fasi y hensem2(lakinye..) dn cmey2(u pmpuannye) di mane mrk sume hndaklah brkenalan2 sesame mrk..


selepas itu module diteruskn oleh syefah n salleh (b.m karangan), aida n afiq dosmy (b.i), nana (sciences), muaz n nesah + wahida (math), azam (sukaneka), afiq omar, farid n sue (pend islam n moral) dan cikgu, fatin ( b.m pemahaman)
alhamdulillah, sume modul berjalan dgn baek skali..terutama bile adek2 SK Putra n SK Dua memberikan kerjasama yg sgt mantop...
dan antara event yg ter'besh' mesti la upacara penutup n upacara penyingkiran peserta AF..mmg sgt mendebarkan bg peserta ble pengetua hndk mgungumumkan siapa yg tersingkir...


namun sume itu gimiksemata dr pengetua ali..fuh..leganye la..nseb xde sape2 yg tersingkir dr akademi..msh ade peluang tok baiki kelemahan msg....dn berikut ni adalah gmbr2 semasa program=)


SUKANEKA



PENYAMPAIAN HADIAH KPD ADIK2



ADIK2 AND JASAIANS=)



KENANGAN TERAKHIR COMMITTEE RDU VISIT SK PUTRA 2010 ~SARANGHE~
READ MORE>>>>>>>>>>

Thursday, February 18, 2010

Upcoming Event..!!!!!




PROGRAMME :
Educational Visit

DATE :
19th - 21st February 2010
(Friday - Sunday)

VENUE :
Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu, Negeri Sembilan

EXPECTED PARTICIPANT :
20 members of JASA

TARGET GROUP :
50 student from Sekolah Kebangsaan Putra and
Sekolah Dato' Undang Abdullah (DUA)

IN COLLABORATION WITH :
S-DEV IIUM & JHEOA

----> All JASA members are invited to join this programme. Please confirm your attendance the Programme Manager, brother Safwan before 10.00 am this morning (19th February 2010).

----> We will depart from IIUM after Jumaat prayer at 3.00 pm. Please gather at Economic Parking Lots.

----> Let help the students of Orang Asli in their education.

REMEMBER!!!!




~Practice in your life~


~"Ukhwah Itu Indah"~

READ MORE>>>>>>>>>>

Sunday, February 14, 2010

Ziarah Mahabbah





JASA telah dimaklumkan bahawa salah seorang ahli baru JASA telah dimasukkan ke wad di Hospital Selayang kerana disyaki menghidap appendiks.Beliau adalah Zahra atau lebih kami kenali sebagai "Molukel" (sekadar gurauan sahaja.hehe). Berita ini tersebar kerana ada ahli JASA menghantar SMS kepada ahli JASA yang lain. Memandangkan hari itu adalah hari sabtu dan semua tiada di IIUM maka mainboard JASA bercadang untuk pergi melawat pada hari Isnin 8hb Februari 2010.

Seramai 10 orang iaitu Azam, Baim, Sufee, Peja, Epi, Afiq, Aiyu, Mun, Wahida dan Mai telah pergi melawat dengan menaiki dua buah kereta. Mereka bertolak dari IIUM pada pukul 5.30 petang dan sampai di hospital dalam jam 6.00 petang.

Sampai sahaja di sana, mereka disambut oleh Khadijah yang merupakan ahli JASA juga. Beliaulah menemani Zahra dari hari sabtu. Berita yang paling melucukan adalah Zahra sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah kerana doktor telah mengizinkan beliau untuk pulang. Memandangkan beliau tahu yang mainboard JASA hendak datang melawat maka dia melambatkan sedikit masa pulangnya ke IIUM. Namun, doktor tidak dapat mengesahkan penyakit Zahra kerana sakit itu bukanlah appendiks tapi penyakit lain. Namun Zahra tetap dibenarkan pulang. Kemudian mereka pun menemani Zahra untuk turun ke bawah hingga ke kereta. Ziarah untuk melawat orang sakit tidak kesampaian tapi mereka melawat orang yang telah sihat =P

~Baru sahaja sampai..Alhamdulillah~

~Senyum semua~

~Sakit-sakit pun mampu gelak lagikan Zahra =)~

~Ni gambar hiasan sahaja.Epi tak bagi pun apa-apa hadiah kat Zahra..hahaha~

~Dari kiri: Mun (berlakon sakit), sepupu Zahra (sakit kaki) dan Zahra (pelakon utama)~

Yang penting adalah semangat setiakawan yang ingin di tunjukkan. Zahra juga merupakan ahli persatuan Titian Asli dan rombongan dari Titian Asli juga turut datang menziarahi beliau. Itulah yang ingin kita lihat. Hubungan silaturrahim yang terjalin antara insan kerana ALLAH.

Pedoman kita bersama:


Di sebalik kesakitan itu ada kemanisan


~"Ukhwah Itu Indah"~








READ MORE>>>>>>>>>>

Saturday, February 13, 2010

BBQ & Birthday Celebration



Pada tanggal 6hb Ferbuari 2010 bersamaan hari sabtu, Mainboard JASA telah mengadakan BBQ di HS Square untuk semua ahli JASA. Ianya juga diadakan adalah untuk sambutan hari lahir abang Ali dan dalam masa yang sama juga untuk ahli JASA yang lahir dalam bulan Ferbuari. Perancangan program ini adalah secara spontan dan bukanlah secara formal kerana motifnya hanyalah untuk bertemu sesama ahli keluarga JASA.

Program bermula pada pukul 8 malam dengan kehadiran ahli JASA untuk membantu membakar makanan BBQ. Masing-masing bekerjasama menyediakan makanan samada membakar dan ada juga yang menghidangkan. Antara makanan yang ada seperti sate, sosej, nasi goreng, buah-buahan, bubur durian (limited edition =p) dan kerepek.







Sebelum menjamu selera, sesi taaruf diadakan bagi mengenali ahli-ahli JASA yang hadir pada malam itu.





Sedang asyik sibuk bertaaruf tiba-tiba Mainboard JASA membuat kejutan khas untuk abang Ali dengan menyanyikan lagu hari lahir dalam masa yang sama kek turun dari langit (acah aje.hehe) kek dibawa dari belakang bangunan HS. Bukan satu kek tetapi dua kerana satu lagi kek khas untuk ahli JASA sahaja. Antara ahli JASA yang lahir pada bulan Februari adalah Wahida, Munirah, Farid, Alida, Ummi dan Kak Syida. Namun yang hadir hanyalah Munirah, Wahida, Farid dan Alida.

~Abang Ali dengan kek miliknya~


~Gelagat epi dengan abangnya =p~

~Birthday boys & girls: Mun, Wahida, Abang Ali, Farid
(Alida tiada dalam gambar)~


~Mr. Presiden menyampaikan hadiah kepada Abang Ali~


~Peja dengan Tikah pun nak bagi hadiah jugak.hehe~


Inilah gelagat ahli-ahli JASA bila bergambar. Semuanya hantu bergambar lagi-lagi yang dah berumur macam abang ali, abang peja. Confirm gambar dorang mesti ada =).

~Sarangek!!!~


~Gaya "Blurrr???"~


~Bang..Bang..Bang!!!~


~Apa tu???~


Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli JASA sebelum bermulanya program bersama orang asli. Mudah-mudahan ketika program nanti ahli JASA dapat bekerjasama seolah-olah berada dalam satu family yang besar.

~Ingat tak kena basuh pinggan? Basuh cepat abang Ali..hahaha~


Renungan kali ini:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



READ MORE>>>>>>>>>>

Friday, February 12, 2010

Lunch de Tour



Untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli JASA samaada yang baru atau pun yang lama, biro D & T telah mengambil inisiatif untuk lunch bersama-sama di Econ Cafe pada 2hb Februari 2010. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Kehadiran hampir mencecah 20 orang. Ada dikalangan ahli JASA yang sanggup datang dari kuliyyah enginering semata-mata untuk bertemu ahli keluarga JASA yang lain. "Ukhwah Itu Indah". Itulah tagline yang ahli JASA pegang selama ini.Selain daripada lunch bersama-sama, masing-masing turut bertanyakan tentang progress biro masing-masing untuk program yang akan datang. Adakalanya perjumpaan yang santai lebih seronok daripada berjumpa secara formal =)

Untuk kali keduanya, Mainboard JASA telah mengajak secara ad hoc semua leaders JASA iaitu exco-exco untuk lunch bersama di Econ Cafe pada 4hb Ferbuari 2010 (Khamis) juga untuk membincangkan tentang Stall Food yang akan disertai oleh JASA. Tetapi malangnya stall tersbut telah di cancel atas sebab-sebab tertentu. Amat mengecewakan kerana ahli JASA telah membuat persiapan namun itulah dugaan. Hidup memang begitu =(

Seterusnya adalah lunch di Evoke cafe pada 9hb Ferbuari 2010 (Selasa). Suasana yang begitu sibuk di Evoke cafe yang sedia ada ditambah lagi dengan kemeriahan ahli-ahli JASA seramai 20-30 orang. Abang Ali telah datang awal untuk menempah dalam 8 meja khas untuk ahli JASA sahaja. Cukup menyeronokkan kerana dapat selalu berjumpa bersama ahli keluarga JASA yang lain. Dalam masa yang masa, ahli JASA juga meraikan hari kelahiran saudari Wahida dengan menyanyikan lagu hari lahir. Di samping itu terdapat perbincangan untuk program seterusnya iaitu "Bowling Day" dan juga Educational Visit ke dua buah sekolah di Negeri Sembilan.









Destinasi seterusnya masih tidak ditetapkan lagi. Samaada HS cafe yang penuh sesak itu atau Edu cafe atau KAED cafe. Enginering dan juga IRK semestinya tidak akan dibuat kerana mereka tiada cafe. Harap maaf atas kesulitan tersebut =)

Mudah-mudahan hubungan yang erat ini mendapat keberkatan dari ALLAH. Insya ALLAH.

Renungan bersama:


Saudara SeIslam



~"Ukhwah Itu Indah"~




READ MORE>>>>>>>>>>

Wednesday, February 10, 2010

Masihkan anda ingat?



Surah Al-Mukminun ayat 1-11

1. Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman

2. Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya

3. Dan mereka yang berpaling dari perkataan yang tidak berguna

4. Dan mereka yang mengeluarkan zakat

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya

6. Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka itu tidak dicela

7. Barang siapa mencari diluar daripada itu, adalah mereka melampaui batas

8. Dan (yang berjaya juga) mereka yang memelihara amanah dan menepati janjinya

9. Dan mereka yang memelihara solat

10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi

11. Yang akan mewarisi SYURGA FIRDAUS sedang mereka kekal didalamnya

Inilah assignment yang telah diberikan oleh trainer kepada semua peserta untuk diingati. Bukan sahaja menghafal surah ini namun mengetahui maksudnya. Dan harapan yang menggunung agar kita semua dapat mengamalkannya. Insya ALLAH.


Selamat beramal


~"Ukhwah Itu Indah"~

READ MORE>>>>>>>>>>

Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies